Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya
guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga
sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan
sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di
jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau
pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam
beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan
digulung.
http://aziejaya.blogspot.co.id/2014/08/roti-jala-yang-kekal-lembut-sampai-ke.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar